fbpx

Apa dosa saya? – Giliran Nourul Depp diugut santau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOURUL DEPP

PETALING JAYA – Penyanyi Nourul Depp terkejut selepas menerima mesej berbaur ugutan santau tanpa mengetahui sebarang punca.

Dalam satu perkongsian Instagramnya, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab telah memuat naik tangkap layar mesej ugutan santau yang diterima daripada seorang individu tidak dikenalinya.

“Astaghfirullahalazim. Apa dosa saya pada dia dan kenapa dia bercakap macam ini. Kita doakan dia semoga diberi petunjuk.

“Kenapa sampai bersumpah guna nama Allah SWT? Nak santau tetapi bersumpah atas nama Allah SWT?

“Saya tahu benda (santau) ini wujud. Tetapi insha-Allah, Allah SWT Maha Pelindung dan Maha Besar,” ujar penyanyi berusia 43 tahun itu.

Menurut penyanyi yang mula mencipta nama dengan lagu Kerana Terluka itu lagi, dia tidak pernah menyakiti atau menganiaya orang lain.

Nourul tertanya-tanya motif sebenar individu terbabit menghantar mesej sebegitu kepadanya.

Mesej ugutan tersebut yang dikongsikan dalam Instagramnya telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang memberi nasihat supaya penyanyi itu tidak mengendahkan perkara tersebut begitu sahaja.

Pada masa sama, bekas isteri kepada komposer terkenal, Ajai itu turut menyifatkan individu terbabit tidak bertanggungjawab dan mungkin hanya mahukan perhatian.

Terdahulu, sebelum Nourul, dua lagi selebriti iaitu Syafie Naswip dan Noorkhiriah turut berdepan dengan sitausi sama apabila mendapat mesej ugutan untuk disantau oleh individu tidak dikenali. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI