fbpx

Pesakit Covid-19 lari dari hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesakit melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 23 tahun yang menerima rawatan di hospital itu dikesan tiada di wadnya kira-kira pukul 3.20 petang hari ini.

Menurutnya, pesakit berkenaan dengan pakaian terakhir baju dan seluar berwarna putih itu turut meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya sebelum dipercayai melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan polis kini giat mengesan lelaki tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI