fbpx
Nabil dikecam kerana memerli Azwan mengenai penggunaan selfie stick.

Nabil perli Diva AA, netizen naik angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengacara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Nabil Ahmad menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara tindakannya memerli dan meniru gaya Azwan Ali yang kini kembali dalam bidang pengacaraan.

Tindakan Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 37, mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu disifatkan kurang ajar oleh netizen.

“Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” kata Nabil kepada juri tetap, Datuk Ramli MS dalam siaran langsung konsert minggu keenam GV7 sebentar tadi.

Meskipun tidak menyebut ayat berkenaan ditujukan kepada mana-mana individu, netizen pantas membuat kesimpulan perbuatan Nabil itu seperti meniru gaya Azwan yang kini mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim kedua itu.

Netizen menyifatkan tindakan pengacara GV itu tidak profesional.

“Nabil dan kurang ajar tidak boleh dipisahkan,” ujar seorang pengguna Twitter.

“Diva AA lebih berkaliber daripada dia dan tak kutuk orang lain dalam program sendiri,” luah seorang lagi pengguna media sosial.

“Ini sudah seperti perang antara dua program yang sedang meletup!,” kata netizen.

Rata-rata netizen berharap Nabil akan membuat permohonan maaf secraa terbuka kerana mengeluarkan kata-kata berkenaan.

Ketika GV7 bersiaran, program Lagu Cinta Kita juga disiarkan secara langsung menerusi TV3. – K! ONLINE

POPULAR