fbpx

Ayah Haqiem Rusli sesak nafas, dimasukkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAQIEM RUSLI mohon peminat mendoakan kesihatan bapanya agar kembali pulih seperyi biasa.

PETALING JAYA – Sehari selepas dinobatkan sebagai Bintang Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33), penyanyi Haqiem Rusli diuji apabila bapanya dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami sesak nafas.

Perkara itu disahkan Haqiem, 22, ketika dihubungi Kosmo! selepas dia memuat naik gambar bapanya berada di hospital menerusi Insta Story.

Bagaimanapun menurut pelantun lagu Lembah Kesepian itu, kesihatan bapanya yang dimasukkan ke hospital petang Sabtu lalu kini berada dalam keadaan stabil.

“Ayah saya okey sahaja, tiada yang serius pun. Cuma sesak nafas sahaja. Keadaan dia sekarang stabil.

“Saya cuma mohon semua doakan yang terbaik untuk kesihatan ayah saya,” katanya ringkas.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli bagaimana enggan memperincikan lokasi hospital bapanya mendapatkan rawatan.

“Maaf, kalau boleh saya tidak mahu berkongsi lanjut. Esok saya akan pergi melawat ayah sebab buat masa ini belum tahu lagi bila dia dibenarkan keluar dari wad,” ujarnya.

Jumaat lalu, Haqiem mencipta kejutan selepas mengungguli ABPBH33 apabila turut menggondol dua lagi anugerah iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Paling Boom Popular menerusi single Lembah Kesepian. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI