fbpx

Alat sulit ditoreh ketika khayal dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah tidak menyedari alat sulitnya cedera akibat ditoreh oleh teman wanitanya dalam kejadian di sebuah pejabat di Bandar Baru Farlim di sini semalam.

Kejadian itu hanya disedari mangsa berusia 47 tahun itu selepas tersedar daripada pengaruh dadah kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Suffian Santong, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh rakannya iaitu wanita berusia 38 tahun ketika mereka bersama-sama mengambil dadah sehingga tertidur.

“Ketika terjaga, mangsa yang merupakan penganggur itu mendapati kemaluannya berdarah, manakala rakanya itu menghilangkan diri.

“Mangsa didapati mengalami kecederaan luka hirisan pada bahagian itu yang tidak serius dan disyaki dicederakan dengan objek tajam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Suffian, bertindak daripada laporan yang diterima, polis berjaya menahan suspek yang masih bujang kira-kira pukul 9 pagi semalam di Paya Terubong, Ayer Itam di sini.

“Beberapa barang kes turut dirampas, antaranya sebilah gunting yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI