fbpx

Venue Sukma tidak akan jadi projek gajah putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa kesemua venue Sukma tidak akan menjadi projek gajah putih selepas temasya suka dwitahunan dibatalkan.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

SUSULAN pembatalan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ke­semua 39 venue bagi temasya sukan tersebut tidak akan menjadi gajah putih.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi tujuan itu, pelbagai program sukan peringkat negeri akan dianjurkan di venue ber­kenaan.

Katanya, penggunaan venue itu turut melibatkan kesemua 11 venue baharu termasuk Pusat Akuatik Arena Larkin, Arena Emas, Kompleks Sukan Kanu Pagoh, Pusat Pelayaran Kramsau, Desaru dan Pusat Velodrom, Iskandar Puteri.

“Kita bagi jaminan bahawa kesemua venue ini tidak akan menjadi projek gajah putih bahkan akan dimanfaatkan bagi penganjuran aktiviti di peringkat negeri.

“Di peringkat seketariat Sukma, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) serta Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), kami telah berbincang untuk me­ngadakan aktiviti di kesemua venue tersebut agar para atlet serta rakyat Johor dapat gunakan infrastruktur dan kemudahan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Iskandar Puteri semalam.

Antara kejohanan yang akan dianjurkan di venue Sukma ber­kenaan ialah kejohanan tinju Piala Datuk Bandar, Mix Martial Art Versus Johor Bahru, kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan dan kejohanan Memanah Indoor MBJB di Stadium Tertutup di Stadium Tertutup Arena Larkin.

Turut dianjurkan ialah kejohanan Trek Kebangsaan, kejohanan Junior Cycling dan kejohanan International Open BMX di pusat berbasikal dan kejohanan renang Piala Datuk Bandar di Pusat Akuatik Larkin.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan Sukma dan Para Sukma 2020 yang dijadualkan berlangsung di Johor pada 2021 terpaksa dibatalkan akibat ketidaktentuan penularan pandemik Covid-19 yang telah memasuki gelombang ketiga di negara ini.

Bagaimanapun, Johor tetap ditawarkan semula untuk menjadi tuan rumah Sukma pada 2022 kerana negeri itu hampir 99 peratus bersedia dari segi peran­cangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI