fbpx

#Untuk Malaysia sudah kumpul lebih 2,000 sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan ucapan terima kasih Maszlee di Twitter.

PUTRAJAYA – Program gerakan pendidikan, #UntukMalaysia yang dicetuskan bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik sudah berjaya mengumpulkan seramai 2,026 sukarelawan dari seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Maszlee menerusi ciapan di Twitter berkata, beliau merakamkan terima kasih di atas penerimaan orang awam terhadap gerakan itu.

“Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Jujur saya terharu melihat penerimaan yang positif begini demi pendidikan negara,” katanya.

Beliau mengakui keyakinannya semakin bertambah terhadap gerakan itu dan tidak menyangka ramai orang prihatin serta peka terhadap isu pendidikan.

Maszlee berkata, sukarelawan yang mendaftar datang pelbagai latar belakang ideologi, kelas ekonomi dan fahaman politik.

“Kesemua raga perbedaan mereka gugurkan dan memilih untuk bergerak ke depan menyelesaikan isu besar yang berlaku di hampir setiap kejiranan kita.

“Kerana semua dari mereka percaya, ubah pendidikan, ubah masa depan,” katanya.

Gerakan #UntukMalaysia yang dilancarkan Maszlee semalam adalah platform khusus bagi menyelesaikan isu-isu pendidikan yang berlegar dalam masyarakat buat masa ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI