fbpx

Suhazimah, Sabri dilantik lembaga pengarah baharu Pertama Digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pertama Digital Bhd. (Pertama Digital) mengumumkan pelantikan dua lembaga pengarah baharunya.

Pelantikan tersebut merupakan usaha terbaharu Pertama Digital secara serius dalam bidang ruang digital dan mudah alih setelah beralih daripada perniagaan tekstil dan bertukar nama daripada Sinotop Holdings Berhad.

Mereka adalah Datuk Ts Dr Suhazimah Dzazali dan Pengarah Eksekutif, Sabri Ab Rahman.

Dato’ Ts Dr Suhazimah memiliki pengalaman hampir 35 tahun dalam perkhidmatan awam dan jawatan terakhirnya ialah Timbalan Ketua Pengarah (ICT) / Ketua Pegawai Informasi (GCIO) dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu), Jabatan Perdana Menteri.

 

Sebelum ini, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Perunding ICT Sektor Awam (Pengurusan Sekuriti Informasi) dan bertanggung jawab dalam beberapa program transformasi termasuk pengkomputeran dan modenisasi Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Sabri Ab Rahman telah berkecimpung dalam beberapa industri termasuk perbankan dan kewangan, automobil, pengiklanan luar, program televisyen dan juga produksi serta pengedaran program televisyen.

Beliau juga pernah terlibat secara aktif dalam penubuhan TV3 yang kemudiannya memperoleh Metrovision pada tahun 1996 dan turut terlibat dalam menggabungkan kumpulan TV3 ke dalam Media Prima Berhad pada tahun 2000.

Dalam tahun yang sama, Sabri telah menubuhkan DAPAT Vista (M) Sdn Bhd (kini sebuah syarikat dalam kumpulan Pertama Digital) untuk mengembangkan perkhidmatan kerajaan melalui teknologi mudah alih.

Bulan April lalu, Pertama Digital telah mengalu-alukan pelantikan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi sebagai pengarah syarikat.

Zaki adalah seorang yang celik IT dan cekap menggunakan teknologi terkini. Beliau bersemangat tinggi untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan melalui pendigitalan.

“Individu-individu hebat ini dalam bidang ruang digital dan juga mudah alih akan melengkapi misi kami untuk memacu inisiatif ‘govtech’ dan ‘fintech’ yang berkesan dan bersifat inklusif di Malaysia.

“Melalui pengalaman yang luas dan mencatat prestasi pencapaian yang tinggi, ia sememangnya menepati keperluan kami dalam fasa perkembangan yang kian rancak ini,” jelas Pertama Digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI