fbpx

Simpanan gambar percuma dalam Google Photos akan berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 28 Mei 2015 menunjukkan Pengarah Google Photos, Anil Sarbharwal mengumumkan perkhidmatan itu di San Franciso, California. - AFP

SAN FRANCISCO, California – Gergasi enjin carian Internet, Google mengumumkan bahawa mulai 1 Jun 2021, semua kandungan yang dimuat naik ke dalam platform Google Photos tanpa mengira kualiti gambar , akan dihitung dalam storan percuma 15 gigabit (GB) milik pemegang akaun.

Sekiranya storan percuma tersebut sudah penuh, pengguna perlu membeli ruang tambahan dengan mendaftar langganan di Google One. Bagaimanapun, pengguna masih boleh memuat naik gambar tanpa had sehingga tarikh akhir tersebut dan ia tidak termasuk dalam had 15GB tersebut.

Ketika ini, gambar kualiti tinggi yang dimuat naik ke Google Photos disimpan secara percuma dan tanpa had, namun, fail itu dimampat bagi menjimatkan ruang. Klip video melebihi 1080 piksel(p) akan diformat semula kepada 1080p.

Google One merupakan perkhidmatan yang memayungi kemudahan storan online seperti Gmail, Drive dan Photos. Ia menawarkan beberapa pelan langganan dengan saiz storan berbeza bermula dari AS$1.99 (RM8.22) sebulan untuk ruang 100GB. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI