fbpx

Noor Hisham minta barisan hadapan terus tabah perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – “Lap air matamu, bertabahlah dan mari teruskan.”

Itu kata-kata semangat dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada semua barisan hadapan supaya terus kekal bersemangat dalam tugas memerangi wabak Covid-19.

Noor Hisham menyeru kepada semua barisan hadapan supaya menetapkan niat dan sepenuh hati berjuang demi rakyat dan negara.

“Sebelum memulakan tugas harian, saya minta semua barisan hadapan untuk tetapkan niat serta perjuangan asal dalam diri masing-masing.

“Percayalah dan insya-Allah, semua kesukaran ini akan reda setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya semalam.

Noor Hisham berkata, ketika krisis ini, seluruh bangsa harus bersatu untuk melawan musuh bersama-sama.

Katanya, beliau mengingatkan barisan hadapan supaya tidak sekali kali membiarkan orang lain memperlekehkan pengorbanan yang dilakukan selama ini.

“Kepada barisan hadapan, berkhidmat untuk tanah air adalah satu panggilan yang harus kita laksanakan dengan penuh kebanggaan dan rasa hormat,” katanya.

Luahan dan kata-kata semangat oleh Noor Hisham hadir susulan kritikan dibuat Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang mempertikaikan peranannya dalam mengetuai usaha membanteras pandemik berkenaan.

Pada sidang akhbar semalam, Noor Hisham nyata tenang ketika diminta mengulas mengenai kritikan itu.

Beliau menjelaskan dirinya serta pasukannya di Kementerian Kesihatan tidak takut untuk mati dan menerima kematian.

“Jadi, tidak timbul isu kita takut mati..kalau kita lihat, sebagai Islam kita terima kematian itu di mana-mana ia akan berlaku, bukan hanya turun padang atau tidak.

“Apa yang penting ialah kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas kita dan niat kita ialah memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini,” katanya.

King Sing pada sidang Dewan Rakyat semalam membangkitkan mengenai prestasi Kementerian Kesihatan berkaitan Covid-19 dan mendakwa Noor Hisham gagal kerana didakwa tidak pernah ke Sabah untuk memberi sokongan moral kepada barisan hadapan di negeri itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI