fbpx

Aplikasi YouTube sedang mengalami gangguan teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan TeamYouTube di Twitter.

PETALING JAYA – Aplikasi Youtube ketika ini sedang mengalami ganguan teknikal apabila laman tersebut tidak boleh diakses ketika ini.

Gangguan perkhidmatan itu dipercayai berlaku di kebanyakan tempat di seluruh dunia.

Tinjauan Kosmo! di laman Twitter mendapati, gangguan tersebut dikongsi netizen diseluruh dunia dan ketika ini #YouTubeDOWN treding di Twitter.

Setakat pukul 9.45 pagi tadi, tanda pagar berkenaan telah diulang ciap lebih 220,000 kali.

Sementara itu, TeamYouTube mengesahkan aplikasi mereka sedang mengalami gangguan ketika ini.

“Jika anda mempunyai masalah untuk menonton video di YouTube, anda bukan keseorangan. Pasukan kami sedang menyelesaikan masalah tersebut.

“Kami akan memaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa,” ciap TeamYouTube di laman Twitter. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI