fbpx

Syafie Naswip diugut santau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIE menunjukkan laporan polis mengenai kes ugutan santau yang diterima di Balai Polis Nilai malam kelmarin.

Oleh NURFARHANA MOHAMED

KUALA LUMPUR – Pelakon Syafie Naswip membuat laporan polis malam kelmarin selepas menerima ugutan menerusi direct message (DM) di akaun Instagram miliknya daripada seorang individu yang didakwa mahu me­nyantaunya.

Bintang filem Mukhsin itu membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan kerana merasakan keselamatan diri dan keluarganya terancam dengan ugutan menakutkan yang dihantar pembuli siber terbabit.

Tangkap layar mesej ugutan tersebut turut dimuat naik pelakon tersebut di akaun Instagram semalam.

“Kau tunggu bila-bila masa aku akan upah bomoh. Aku rela habis duit untuk santau kau. Aku nak pesan kat kau, kalau tak boleh cara bomoh, aku buat cara lain okay. Bye,” tulis mesej individu terbabit yang dimuat naik Syafie.

Syafie, 28, berkata, dia membuat laporan polis kerana enggan perkara sama berulang kepada orang lain terutama golongan artis yang sering menjadi mangsa buli siber.

Katanya, dia tidak mengenali individu terbabit, namun percaya suspek menggunakan akaun In­s­tagram palsu untuk menakutkannya.

“Saya sebenarnya tidak tahu apa niat sebenar orang itu sampai dia sanggup menghantar mesej ugutan di akaun Instagram saya.

“Saya buat laporan polis ke­rana nak membuka mata mereka yang pernah menjadi mangsa buli siber supaya tampil buat laporan.

“Saya jenis tak kisah kalau orang nak kecam, tetapi apabila ia melibatkan ugutan, saya rasa perlu untuk lindungi diri dan laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo!.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI