fbpx

PGA rampas 660 kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 22 guni daun ketum ditemui di kawasan kebun getah di Felda Mata Ayer pada semalam.

PADANG BESAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Briged Utara merampas 22 guni daun ketum di kawasan kebun getah di Felda Mata Ayer di sini semalam.

Daun ketum seberat 660 kilogram (kg) yang bernilai RM19,800 itu ditemui semasa anggota PGA melakukan tugas risikan dan rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 4.15 petang.

Pegawai Pemerintah Medan Markas Taktikal Bukit Kayu Hitam, PGA Batalion 3, Briged Utara, Superintendan Rosman Kasman berkata, daun ketum berkenaan disembunyikan di kebun getah sebelum diseludup ke Thailand.

“Bekalan daun ketum ini dipercayai untuk diseludup ke negara jiran menerusi jalan tikus di sempadan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua guni berkenaan kemudian dirampas dan dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, ujarnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya mengambil serius terhadap sebarang aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan.

“Sehubungan itu, kami menyeru kepada orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi 04-9222152 ( Markas Taktikal Bukit Kayu Hitam) atau balai polis berdekatan, tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI