fbpx

Pemain industri pelancongan mohon SOP PKPB dilonggarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

LANGKAWI – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerima permohonan daripada pemain industri pelancongan supaya prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pulau peranginan itu dilonggarkan.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Dr. Hezri Adnan berkata, pihaknya baru-baru ini menerima surat berhubung cadangan berkenaan untuk dipanjangkan kepada kerajaan Pusat.

“Ada beberapa pemain industri telah menyerahkan surat kepada kita untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa untuk melonggarkan SOP PKPB,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kit hidroponik kepada sekolah dan masjid bagi Program Rintis Pertanian Bandar Berskala Kecil di Kompleks LADA di sini hari ini.

Kata beliau, LADA akan berbincang dengan pihak berkuasa terlibat bagi melonggarkan sedikit PKPB di Langkawi.

“Salah satu contohnya adalah dengan membenarkan kenderaan dinaiki mengikut kapasiti penumpangnya.

“Ini kerana masih terdapat pemain industri yang menawarkan harga promosi kepada penduduk tempatan,” ujarnya.

Menurut Hezri, pihaknya akan berbincang dengan pemain industri pelancongan yang terjejas dalam masa terdekat.

“Kita akan cuba cari kaedah terbaik untuk membantu mereka,” katanya.

Tambahnya, pelbagai perancangan bagi merancakkan kembali industri pelancongan telah diatur, namun terpaksa ditangguhkan berikutan PKPB.

“Rancangan terbaharu LADA adalah untuk melancarkan Langkawi Travel Fair tetapi ia tidak dapat dilaksanakan buat masa ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI