fbpx

“Ini sahaja yang saya boleh bantu”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosman memberikan makanan dan minuman sebagai tanda berterima kasih kepada petugas di SJR di Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, semalam.

ALOR GAJAH – “Ini sahaja yang saya boleh bantu, kalau nak ditugaskan seperti mereka memang saya tidak mampu,” kata Rosman Mohd Zin, 59.

Rosman ditemui Kosmo! selepas dilihat tiba-tiba turun dari keretanya untuk mengagihkan beberapa plastik minuman dan makanan kepada pegawai dan anggota yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Simpang Ampat di sini semalam.

Katanya, pemberian itu sebagai tanda berterima kasih kepada mereka yang sanggup bertugas di bawah terik matahari dan berhujan basah semata-mata ingin memastikan keselamatan serta kesihatan rakyat terjamin.

“Saya pernah melihat anggota polis dan askar yang ditugaskan menjaga SJR berbasah kuyup dalam hujan, terus saya rasa sayu dan simpati kepada mereka.

“Mereka bersusah payah demi kita (rakyat) malah sanggup mengorbankan kesihatan diri untuk memastikan rantaian penularan Covid-19 ini dapat diputuskan,” katanya.

Mengulas lanjut, Rosman berkata, walaupun tugas tersebut sememangnya adalah tanggungjawab pasukan barisan hadapan (frontliner) itu, namun ia perlu dihargai dan sewajarnya dinilaikan setiap pihak.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pejuang-pejuang barisan hadapan yang berusaha keras membendung penularan wabak ini dan semoga terus berkhidmat dengan penuh komited dalam tempoh sukar ini, ” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI