fbpx
Anggota PPM Labuan menunjukkan minuman keras pelbagai jenama yang dirampas dalam penahanan membabitkan sebuah bot laju kargo di perairan laut pantai Navy semalam. - Foto IHSAN PPM LABUAN

Cubaan seludup keluar minuman keras bernilai RM10,000 gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LABUAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar pelbagai jenis minuman keras bernilai hampir RM10,000 dalam serbuan di perairan laut pantai Navy semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan, Inspektor Shafiq Rezza berkata, aktiviti berkenaan dilakukan seorang lelaki berusia 32 tahun ketika mengedalikan sebuah bot laju kargo yang penuh dengan muatan minuman keras.

“Bot laju kargo berkenaan bergerak dari Labuan menuju ke Menumbuk kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum ditahan anggota PPM yang sedang menjalankan rondaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas muatan kargo itu mendapati ada sejumlah minuman keras pelbagai jenama dipercayai cuba diseludup keluar daripada Labuan.

“Seorang lelaki yang juga juragan bot laju kargo terbabit ditahan untuk membantu siasatan atas kesalahan menyeludup barangan tanpa cukai,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Shafiq berkata, pihaknya turut merampas bot laju bersama enjin yang digunakan untuk membawa barang seludup terbabit.

Menurutnya, nilai minuman keras yang dirampas adalah RM9,200 termasuk cukai manakala nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM70,000.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. Tangkapan serta rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan penyeludupan minuman keras dan rokok boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada kerajaan selain ketirisan nilai cukai yang besarsekirannya tidak dibanteras.

“PPM sentiasa mengalu-alukan orang awam khususnya masyarakat maritim agar sentiasa menyalurkan maklumat kepada polis dalam membantu menjaga keamanan perairan negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN