fbpx

Wanita maut dihempap pokok getah usia 70 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok getah yang menghempap kereta mangsa.

TAMPIN – Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandunya dihempap pokok getah berusia lebih 70 tahun dalam kejadian di kilometer lima, Jalan Keru – Batu Belang dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Nur Zalehan Balkish Abdul Majid, 27, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, S. Dullasi Nathan berkata, pihaknya pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.30 pagi dan sebaik tiba di lokasi mangsa masih tersepit di dalam kenderaan jenis Produa Kancil.

Menurutnya, pihaknya harus mengalihkan pokok getah yang menghempap kenderaan mangsa sebelum membawa mangsa yang tersepit keluar dari kenderaan.

“Kami mengambil masa selama 15 minit untuk membawa mangsa keluar dari kenderaan berkenaan.

“Mangsa disahkan maut oleh pasukan paramedik dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI