fbpx

Cinta Jihyo, Kang Daniel terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIHYO (kiri) dan Kang Daniel.

SELEPAS lebih setahun menyulam cinta, hubungan pasangan sensasi Jihyo dan Kang Daniel akhirnya terlerai seperti dilaporkan Daily Sports.

Agensi Jihyo, JYP Entertainment dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan kedua-dua penyanyi itu sudah pun berpisah gara-gara kesibukan kerjaya.

Sementara agensi Kang Daniel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan Kang kini sibuk dengan perancangan pelancaran album baharunya tidak lama lagi.

Tahun lalu, dunia hiburan K-pop dikejutkan dengan berita bahawa percintaan antara Jihyo dan Kang Daniel selepas masing-masing berkenalan menerusi seorang rakan.Mereka juga juga dilihat meluangkan masa bersama-sama di sebuah kejiranan di kawasan Hannam, Seoul pada 1 Ogos.

Hubungan mereka mendapat sokongan peminat kerana dianggap sebagai pasangan ideal. Mereka juga dikatakan sebagai pasangan yang comel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI