fbpx

48 penduduk dipindahkan akibat banjir kilat di Matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Batu 7, Kampung Changkat Baru, Matang selepas dinaiki air akibat banjir kilat semalam. - Foto IHSAN BOMBA

TAIPING – Seramai 48 penduduk daripada 10 keluarga di Batu 7, Kampung Changkat Baru, Matang dekat sini terpaksa dipindahkan selepas penempatan mereka dinaiki air malam tadi.

Kesemua mereka terdiri daripada 17 wanita dewasa, 15 lelaki dewasa dan masing-masing lapan kanak-kanak lelaki dan perempuan dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al-Baraqah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.05 malam dan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan itu membantu tugas mengeluarkan penduduk dari lokasi kejadian untuk dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan tugas itu tamat sepenuhnya pada pukul 11.35 malam.

“Dipercayai air dari sungai berdekatan melimpah keluar akibat hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di kawasan penempatan penduduk.

“Bagaimanapun, air di kawasan itu didapati telah mulai surut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Perak untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI