fbpx

Suspek bunuh Siti Nur Surya direman tujuh hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tiga dari kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas menerima perintah reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Marang di sini hari ini.

MARANG – Tempoh reman suspek utama kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, disambung selama tujuh hari lagi sehingga 16 November ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebelum ini, suspek yang juga pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Hulu Terengganu telah direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu.

Remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga rakan baik Siti Nur Surya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! 2 November lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran darah oleh adik bongsunya di ruang tamu sewaktu pulang dari sekolah pada Ahad lalu.

Mangsa dijumpai dalam keadaan ngeri dengan kesan tetakan di bahagian muka, leher dan dada selain pergelangan tangan kirinya putus.

Suspek yang juga rakan baik mangsa kemudiannya telah ditahan selepas memberi keterangan Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu pada pukul 7.30 pagi, 2 November lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI