fbpx

Shopee sajikan hiburan dua jam tanpa henti Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai berpeluang menyaksikan rancangan hiburan tanpa henti selama dua jam, Shopee 11.11 Big Show bermula 9 hingga 11 malam Rabu ini.

Shopee dalam satu kenyataan berkata, rancangan yang disiarkan bersempena Shopee 11.11 Jualan Hebat itu boleh ditonton di Shopee Live, saluran TV3, Tonton dan YouTube.

“Dihoskan oleh Awal Ashaari dan Sherry Alhadad, penonton akan dihiburkan dengan persembahan oleh selebriti tempatan termasuk Anuar Zain, Ella, Shila Amzah, Floor 88, Wany Hasrita, Dolla dan Azzam Sham,” katanya.

Katanya, para penonton juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam Shopee Tangkap serta Goyang Shopee untuk memenangi sehingga 11,111,111 Syiling Shopee.

Selain itu, menurutnya, orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah menarik seperti motosikal Honda Vario, jongkong emas, televisyen Samsung 65 inci dan pembersih vakum Dyson.

“Personaliti Datuk Seri Vida, Datin Diana Danielle, Farahanim, Fahrin Ahmad, Mark Adam dan Siti Saleha juga akan turut serta dalam keseronokan itu.

“11.11 Big Show ditaja oleh Nestle, L’Oréal, adidas, Kimberly-Clark, P&G dan Y.O.U.,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI