fbpx

Shopee perkasa PMKS Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan penyelesaian logistik lebih mantap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri; CT Naz Empire Solution, Sarawak Online Store dan Keropok Mfaizz, tiga perniagaan luar bandar yang diperkasa sokongan logistik Shopee.

PETALING JAYA – Dalam landskap e-dagang Malaysia yang terus berkembang pesat, Shopee terus membantu memperkasa penjual dari Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan menghubungkan mereka kepada dengan pelanggan di seluruh negara.

Ketika 9 daripada 10 rakyat Malaysia lebih gemar membeli-belah dalam talian berbanding kedai fizikal, dan lebih daripada separuh mengamalkannya secara kekal, Shopee membantu penjual luar bandar mengatasi cabaran geografi menerusi akses terus kepada berjuta-juta pembeli.

Perubahan ini amat penting kepada penjual di Pantai Timur dan Malaysia Timur, tempat tinggal 30 peratus daripada populasi di negara ini yang mana cabaran logistik dilihat telah menghalang pertumbuhan mereka.

Tahun lalu, pakar menganggarkan bahawa pasaran e-dagang Malaysia akan berkembang sebanyak tujuh peratus setiap tahun untuk mencecah RM 1.9 trilion pada 2027 berbanding RM1.4 trilion pada 2023.

Lonjakan tersebut menekankan keperluan logistik yang cekap, terutamanya bagi menghubungkan penjual luar bandar dari Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan pembeli di kawasan bandar utama.

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, pihaknya komited untuk memperkasakan penjual dari setiap pelosok Malaysia.

“Bagi penjual di Pantai Timur dan Malaysia Timur, geografi mungkin menjadi faktor yang mengehadkan pertumbuhan mereka dan kami telah mengurangkan masa penghantaran dengan ketara menerusi kerjasama rakan logistik terkemuka.

“Ini membolehkan penjual kami memperluaskan capaian mereka dan menembusi pasaran baharu seperti Lembah Klang dengan lebih pantas berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Siti Nur Nazifa menunjukkan selendang pelbagai warna yang ditawarkan di kedai onlinenya.

Cipta peluang baharu, sara keluarga

Bagi ramai penjual, Shopee bukan sekadar platform untuk mengembangkan perniagaan mereka, ia merupakan penyambung hayat yang telah mengubah hidup mereka.

Siti Nur Nazifa Mazlan, seorang penjual dari Kota Bharu, Kelantan, mula berniaga di Shopee selepas kehilangan ibu bapanya.

Sebagai penjaga utama adik-adiknya, pendapatan melalui perniagaan dalam talian, CT Naz Empire Solution, membolehkan anak muda berwawasan ini menyara keluarga sambil membina perniagaan yang berjaya.

“Shopee telah memberi saya peluang untuk menyara adik-adik saya tanpa perlu meninggalkan rumah. Saya boleh menjaga mereka sambil membina perniagaan. Ia telah mengubah hidup saya,” jelas Siti.

Apa yang bermula sebagai keperluan, berkembang menjadi kisah kejayaan.

Dengan platform Shopee yang mudah digunakan, CT Naz Empire Solution dapat melayani pelanggan dari seluruh Malaysia.

Selain memberi jaminan kewangan, Shopee telah memperkasakan Siti untuk berkembang sebagai usahawan, seterusnya memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga, yang mana ramai antara mereka kini mempertimbangkan untuk membuka kedai Shopee sendiri.

“Saya telah belajar banyak perkara, daripada mengambil gambar produk yang lebih baik kepada meningkatkan penyenaraian dan jualan,” tambahnya.

Muhammad Faizz (belakang, tengah) dan pasukannya bergambar di hadapan premis fizikal mereka di Jerteh, Terengganu.

Penghantaran pantas, capaian luas melalui logistik lebih mantap

Keupayaan logistik Shopee yang lebih mantap telah menjadi pemacu utama kejayaan penjual di luar Lembah Klang.

Dengan bekerjasama dengan penyedia logistik tempatan, Shopee telah memperkukuhkan perkhidmatan penghantarannya di seluruh Malaysia.

Kini, pembeli di Lembah Klang boleh menjangkakan ketibaan bungkusan mereka dari Pantai Timur dalam masa dua hari atau kurang, dan dalam tempoh tiga hingga empat hari dari Malaysia Timur selepas penjual menghantar pesanan mereka.

Peningkatan kecekapan ini membolehkan penjual seperti Muhammad Faizz, pemilik Keropok Mfaizz di Besut, Terengganu, mencapai pangkalan pelanggan yang lebih luas dan meningkatkan perniagaannya.

“Keropok lekor kami kini sampai kepada pelanggan di Selangor dan Johor, sesuatu yang kami tidak pernah bayangkan akan berlaku tanpa Shopee.

“Dengan pertumbuhan perniagaan, sekarang saya dapat membina rumah sendiri dan menyediakan pekerjaan kepada 25 pekerja tempatan,” kata Muhammad Faizz.

Sejak menjual di Shopee, Faizz telah memenuhi lebih daripada 100,000 pesanan, dengan purata 100 pesanan setiap hari.

Rangkaian logistik Shopee yang disokong oleh syarikat tempatan telah membolehkan Faizz mengendalikan jumlah pesanan yang lebih besar sambil memastikan penghantaran tepat pada masanya di seluruh negara.

“Shopee telah memberi saya kestabilan kewangan yang tidak dapat saya capai dengan hanya bergantung pada pelanggan setempat. Kini, perniagaan kami berkembang pesat apabila kami menghantar ke seluruh negara,” tambahnya.

Puan Hamidah, pemilik Sarawak Online Store, turut berkongsi kisah kejayaan serupa.

Dengan 70 peratus daripada pesanan beliau datang dari Semenanjung, rangkaian logistik Shopee telah membolehkan beliau berkembang jauh melangkaui pasaran setempat.

Pada musim puncak seperti Hari Guru, perniagaan Hamidah boleh menjana hasil jualan sehingga RM40,000, kebanyakannya datang daripada pelanggannya di Malaysia Barat.

Pasukan di belakang Sarawak Online Store, yang kini berkembang maju dengan sokongan Shopee.

“Sebelum Shopee, perniagaan saya hanya tertumpu di Sarawak. Kini, saya dapat mencapai pelanggan di seluruh negara, dan Shopee memastikan produk saya tiba dengan cepat, walaupun semasa tempoh permintaan tinggi,” katanya.

Hasil daripada pertumbuhan perniagaan ini, beliau dapat menggaji tiga pekerja tetap, termasuk ibu tunggal dan anak yatim dari komuniti setempat di Kota Samarahan, Sarawak.

Perjalanan keusahawanannya dari perniagaan di rumah sendiri kepada kawasan pengeluaran kecil yang terletak tiga jam dari kediamannya telah direalisasikan dengan sokongan logistik Shopee.

“Platform Shopee membolehkan saya mengembangkan perniagaan melangkaui rumah saya, membolehkan saya memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh negara,” tambah Hamidah.

Sebagai platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee terus berinovasi dan bekerjasama dengan rakan logistik utama untuk memastikan penghantaran lebih pantas dan lebih dipercayai bagi penjual dan pembeli di seluruh negara.

Dengan Jaminan Tepat Waktu, Shopee menjanjikan penghantaran dilakukan tepat waktunya dan menawarkan pampasan untuk kelewatan, memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar.

Dari membolehkan penjual luar bandar mencapai pasaran baharu kepada mengubah perniagaan tempatan menjadi kisah kejayaan di seluruh negara, Shopee kekal komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang untuk semua rakyat Malaysia, di mana sahaja mereka berada.

Tahun ini, dengan rangkaian logistik yang diperkukuhkan dan Jaminan Tepat Waktu, Shopee yakin membawakan nilai terbaik kepada pengguna sambil menyediakan sokongan logistik terbaik kepada penjual agar terus maju dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Ketahui lebih lanjut mengenai Jaminan Tepat Waktu Shopee di https://shopee.com.my/m/on-time-guarantee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI