fbpx

Motif bunuh isu pelaburan hartanah dan insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penumpang SUV ditemui rentung dalam kejadian di Kota Warisan, Sepang pada 20 Oktober lalu.

SEPANG – Polis telah mengenal pasti motif kejadian kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui rentung dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier di Kota Warisan, 28 Oktober lalu, adalah berkaitan isu pelaburan hartanah dan insurans.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, daripada siasatan yang dilakukan ke atas suspek, seorang lelaki India, 42 tahun dan bekerja sebagai kontraktor itu dipercayai ingin mendapat keuntungan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor hari ini dan suspek pertama akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sepang, esok.

“Bagaimanapun, suspek kedua dan ketiga dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, tiga suspek kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan SUV jenis Toyota Harrier di Kota Warisan, 28 Oktober lalu, disambung reman selama enam hari sehingga 11 November. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI