fbpx

Jenazah Sabri telah selamat disolatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Mohammad Sabri selamat disolatkan sebelum dibawa ke rumahnya di Wangsa Melawati.

PETALING JAYA – Jenazah Allahyarham Kolonel Bersara (B), Mohamed Sabri Baharom telah selesai disolatkan pada pukul 1 tengah hari tadi.

Seramai 30 orang hadir untuk menyelesaikan solat jenazah di Masjid Khalid Al-Walid jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Adik kepada arwah, dilihat menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang ramai diiringi tangisan dalam ucapannya.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir bagi menyempurnakan solat jenazah arwah abang saya pada hari ini,” kata adik kepada Allahyarham.

Jenazah telah tiba di rumahnya di Wangsa Melawati, pada pukul 1:15 tengah hari bagi tatapan kali terakhir buat ahli keluarga dan kenalan arwah.

Turut hadir bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd, Datuk Ahmad Jauhari Yahya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI