fbpx

2,500 kotak rokok tanpa cukai dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 2,500 kotak rokok seludup bernilai RM36,300 dirampas PPM di sebuah rumah di Lahad Datu, Sabah.

LAHAD DATU – Sebanyak 2,500 kotak rokok seludup bernilai RM36,300 berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM)  dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam kelmarin.

Dalam serbuan pukul 11.30 pagi itu, pasukan PPM menyerbu ke rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam sebelum menemui semua rokok yang dipercayai dibawa masuk daripada negara jiran.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Empat Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua rokok tanpa bayaran cukai berkenaan disembunyikan dalam beg plastik hitam yang disimpan di stor belakang rumah tidak bernombor terbabit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sebanyak 2,500 kotak rokok yang dianggarkan bernilai RM 36,300 termasuk cukai.

“Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 47 tahun sebelum dia dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan Covid-19,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI