fbpx

Selangor melangkah ke suku akhir Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pemain Selangor meraikan kemenangan pasukan mereka malam ini. Foto- Ihsan MFL

PETALING JAYA – Pasukan Selangor berjaya menepati ramalan selepas melangkah ke pentas suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Melaka United 2-1 dalam aksi pusingan pertama sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat itu, skuad Gergasi Merah yang dibimbing oleh pengendali sementara, Michael Feichtenbeiner mendahului saingan menerusi jaringan penyerang sensasi, Ifedayo Olusegun pada minit ke-21.

Bersambung pada babak kedua, juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu melebarkan kelebihan hasil jaringan seorang lagi pemain import, Sandro Da Silva yang bijak menewaskan penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-51.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad Sang Kancil memperkemaskan jentera serangan dan berjaya merapatkan kedudukan hasil gol jaringan Uche Agba berselang lima minit kemudian.

Jaringan tersebut meniup semangat buat skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan untuk meraih gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Skuad Selangor yang kini memburu ‘Misi 34’ dijadualkan bertemu dengan Kedah pada aksi suku akhir yang akan ditetapkan pada minggu depan. – K! ONLINE

Kapsyen : Ifedayo Olusegun (kanan) dan Sandro da Silva berjaya menjaringkan gol untuk membawa skuad Selangor mara ke pentas suku akhir Piala Malaysia. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI