fbpx

Muhyiddin ucap tahniah kepada Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joe Biden

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Demokrat, Joe Biden yang memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Muhyiddin berkata, Malaysia mengikuti rapat proses pilihan raya yang berlangsung di AS.

“Pengundi AS yang melihat kepimpinan dan visinya telah memilih Biden sebagai Presiden ke-46.

“Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia menitikberatkan hubungannya dengan AS,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Muhyiddin, Kerjasama Komprehensif AS-Malaysia terus menjadi satu rangka kerja proaktif, mempunyai kepelbagai aspek serta bermanfaat kepada kedua-dua buah negara.

“Malaysia mahu mengeratkan hubungan ini di bawah kepimpinan calon Presiden, Biden, dengan komuniti antarabangsa berhadapan dengan pelbagai cabaran global, termasuklah impak buruk pandemik Covid-19.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada calon Presiden, Biden dan berhasrat dapat berjumpa dengannya apabila masa itu tiba nanti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI