fbpx

Al-Sultan Abdullah zahirkan takziah kepada keluarga Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad meninggal dunia pagi tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara, Datuk Mohamad Bakar yang meninggal dunia pagi tadi.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh ahli keluarganya bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara,” katanya di laman Facebook hari ini.

Allahyarham memulakan karier sebagai pemain Pulau Pinang pada sekitar 1960-an dan menyinari persada sukan bola sepak negara sebagai pemain kebangsaan pada era 70-an.

Allahyarham merupakan ahli skuad bola sepak kebangsaan, sebagai pemain sayap kanan, yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

Selepas itu beliau menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI