fbpx

Penternak akuakultur terima 50,000 benih ikan puyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kiri) melepaskan benih udang ke di Sungai Kesang, Sungai Rambai di sini hari ini.

JASIN – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyampaikan sejumlah 50,000 bantuan benih ikan puyu kepada penternak akuakultur dari daerah ini dan Alor Gajah di Kota Budaya, Sungai Rambai, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bantuan itu merupakan antara usaha kerajaan dalam membangunkan dan mengukuhkan ekonomi nelayan serta penternak-penternak akuakultitur di negeri ini.

“Harapan saya agar bantuan benih ikan puyu ini dapat menambah baik ekonomi nelayan serta penternak akuakultur untuk mempunyai pendapatan tetap yang jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya.

“Kita juga tahu, semua lapisan sektor dalam negara terkesan dengan pendemik Covid-19, jadi ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu memulihkan ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikan ketika berucap di Program pelepasan benih udang ke perairan umum dan penyerahan kad pendaftaran nelayan Sungai Melaka di Kota Budaya Sungai Rambai, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad menyampaikan benih ikan puyu itu kepada penerima dengan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Turut hadir ialah Pengarah Perikanan Negeri, Mohd. Fauzi Salehon. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI