fbpx

MB Kedah rayu rakyat patuhi SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor merayu kepada rakyat negeri ini untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain melakukan segala yang perlu bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Menurutnya, peningkatan semula kes positif Covid-19 kepada dua digit di negeri ini sejak semalam menggusarkan banyak pihak.

“Saya merayu kepada rakyat Kedah untuk terus mematuhi SOP dan mengelakkan daripada mengunjungi lokasi berisiko.

“Aktiviti ziarah juga belum sesuai pada waktu ini dengan silaturahim boleh terus dieratkan menerusi panggilan video atau aplikasi media sosial lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kedah mencatatkan 19 kes baharu diikuti 15 pada hari ini menjadikan keseluruhan 2,206 kes di Kedah setakat ini.

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 2,090 kes telah sembuh dengan 106 kes aktif.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri mengambil maklum akan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selama empat minggu bermula Isnin ini.

“Sebagaimana kita sedia maklum, setiap tindakan itu ada kesannya, justeru pematuhan SOP amat pentinng untuk keadaan segera pulih selain memastikan ekonomi kita tidak terjejas teruk,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI