fbpx

Bekas suami tidak beri nafkah sejak 2008

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vida bersama dua anaknya Edlynn Zamileen (kanan) dan Muhammad Eric Zaquan.

IPOH – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mendakwa bekas suaminya tidak memberi nafkah bulanan kepada empat anak mereka sejak mereka berpisah 12 tahun lalu.

Empat anak pasangan itu ialah Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, meninggal dunia dalam kebakaran di rumah ahli perniagaan itu di Meru Hill, Ipoh pada 2013.

Datuk Seri Vida berkata, beliau sudah melantik peguam bagi berdepan tuntutan hadhanah yang difailkan bekas suaminya, Mohd. Amin Yasin, 42, di Kota Bharu pada 21 Oktober lalu.

“Saya sedang berbincang de­ngan peguam. Sekiranya perlu, saya akan hadir ke mahkamah untuk bersemuka demi ke­selamatan anak-anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Amin menunjukkan gambar Cik B dan Kacak ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kota Bharu baru-baru ini.

Menurut Datuk Seri Vida, dia berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan sentiasa memberi sokongan kepadanya ketika berdepan ujian tersebut.

Kosmo! kelmarin melaporkan bekas suami pertama Datuk Seri Vida mendakwa dia dihalang daripada berjumpa dengan dua anaknya, Edlynn Zamileen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 13, atau lebih dikenali dengan Kacak.

Mohd. Amin mendakwa, kali terakhir bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di Ipoh dan perjumpaan tersebt berlangsung selama 15 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI