PETALING JAYA – Tindakan kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kumpulan bersasar demi menjamin masa depan penyimpan selepas bersara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pengeluaran bersasar itu dibuat selepas mempertimbangkan keadaan golongan yang terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Bukan soal tidak mahu benarkan pengeluaran dibuat tetapi ia soal jaminan masa depan penyimpan.
“Sebelum ini kita sudah benarkan penyimpan KWSP mengeluarkan wang akaun 2 maka baki dalam akaun 1 saja yang mereka ada demi kelangsungan hidup selepas bersara,” katanya dalam temu bual bicara Belanjawan 2021 hari ini.
Menurutnya lagi, kerajaan yakin belanjawan 2021 yang disediakan kementerian kewangan dapat meringankan beban penerima bantuan.
“Tapi kalau mereka (penyimpan) nak sentuh jugak simpanan apa kita boleh buat.
“Saya harap mereka yang terjejas teruk saja melakukan pengeluaran itu,” ujarnya. – K! ONLINE