fbpx

Permaisuri Selangor sumbang motosikal kepada Nur Athirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hidayu menyampaikan sumbangan peribadi daripada Tengku Tengku Permaisuri Norashikin berupa motosikal kepada Nur Athirah.

SHAH ALAM – Kisah sedih seorang penghantar makanan yang kehilangan motosikal setelah dicuri individu tidak bertanggungjawab di Batu Caves dekat sini mendapat perhatian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada penghantar makanan itu, Nur Athirah Abdul Latiff.

Baginda antara lain turut menzahirkan perasaan amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang yang menimpa Nur Athirah.

“Di waktu semua pihak sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, kita amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

“Diharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

“Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT,” titah baginda menerusi kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office sebentar tadi.

Keadaan Nur Athirah selepas kehilangan motosikal miliknya di hadapan sebuah pasar raya di Batu Caves, Rabu lalu.

Sumbangan motosikal itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

Terdahulu, kisah Nur Athirah tular di laman sosial Facebook dan memohon bantuan orang ramai mengesan motosikal Yamaha 135LC miliknya dengan nombor plat BQF2182 yang hilang di depan pasar raya Batu Caves, di sini kelmarin. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI