fbpx

Remaja pecah masuk stesen minyak cari modal beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang tunai dan kad tambah nilai antara barangan dicuri suspek yang berjaya dirampas dalam serbuan di Kampung Chat, Pasir Mas kelmarin.

PASIR MAS – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai terlibat kes memecah masuk sebuah stesen minyak di Meranti di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pelajar tingkatan tiga itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas pada pukul 9.50 malam di rumahnya di Kampung Chat di sini.

Menurutnya, siasatan mendapati remaja itu mengaku semua hasil jualan barangan curi di premis seperti rokok dan kad tambah nilai telah digunakan untuk membeli dadah.

“Polis menerima laporan kejadian itu daripada pengurus stesen minyak tersebut pada pukul 6.45 pagi.

“Siasatan mendapati cermin di kaunter bayaran telah pecah dan barangan di dalam premis itu berada dalam keadaan bersepah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, jumlah kerugian barangan dan kerosakkan premis dianggarkan berjumlah RM15,000.

Katanya, polis telah menggerakkan usaha untuk mencari suspek dan remaja itu berjaya ditangkap dalam tempoh 14 jam selepas kejadian.

“Suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut secara bersendirian. Semua barangan curi itu dijual kepada rakan-rakanya pada harga di bawah pasaran,” katanya.

Ujarnya, perintah reman telah dikeluarkan terhadap suspek selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk premis. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI