fbpx

Perhilitan cekup lelaki Vietnam simpan binatang liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Vietnam yang ditahan Perhilitan Johor kerana menyimpan beberapa bahagian haiwan liar disebuah premis.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menyimpan beberapa bahagian hidupan liar tanpa dokumen sah daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akhirnya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa semalam.

Lelaki warga Vietnam itu ditahan selepas sepasukan anggota penguatkuasa Perhilitan Negeri Johor menyerbu sebuah kawasan perindustrian di Simpang Renggam, Johor.

Perhilitan dalam satu kenyataan berkata, hasil serbuan itu pihaknya telah menjumpai bahagian hidupan liar disyaki duri landak, kulit ular sawa batik, kulit biawak dan beberapa bahagian termasuk tulang babi hutan.

“Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk laporan dan kesemua barang kes ke Pejabat Perhilitan Daerah Kluang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716],” katanya menerusi laman Facebook rasmi Perhilitan Semenanjung Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI