fbpx

Op Benteng: 41 PATI ditahan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Op Benteng yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak Covid-19 berjaya menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkat, turut ditahan ialah dua tekong, dua penyeludup serta lima kenderaan darat.

“Daripada jumlah itu, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan 23 PATI di kawasan Hutan Desaru Coast, Johor,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 279 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilakukan di seluruh negara.

Katanya, Polis Diraja Malaysia terlibat dengan 149 SJR, ATM (121 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (sembilan SJR). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI