fbpx

Udara lebih bersih dengan pembersih udara pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBERSIH udara daripada Samsung ini mampu memerangkap hingga 99.97 peratus debu sangat halus bagi memberikan udara lebih segar di dalam kediaman.

BANYAK daripada kita pada hari ini lebih gemar untuk menghabiskan masa di rumah jika ada kelapangan.

Walaupun masa banyak dihabiskan di rumah, seseorang itu masih memerlukan udara yang bersih dan segar bagi membuatkan hari-harinya lebih tenang.

Bagi membolehkan setiap isi rumah mendapat udara segar walaupun berada di dalam rumah, syarikat elektronik terkemuka dari Korea Selatan,
Samsung memperkenalkan pembersih udara pintar iaitu Samsung Smart Air Purifier.

Pembersih udara tersebut mampu untuk memerangkap sehingga 99.97 peratus debu yang sangat halus dan memberikan udara lebih segar di dalam rumah.

Peranti itu juga turut mempunyai tiga lapisan penapis yang berbeza yang direka secara berlapis bagi membolehkan zarah-zarah udara, gas berbahaya dan bakteria terperangkap.

Dalam pada itu, walaupun anda berada di luar rumah, peranti itu dapat dikawal dari jarak jauh dengan aplikasi SmartThings Samsung bagi membolehkan anda mendapatkan udara segar sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

Peranti ini juga turut dilengkapi dengan teknologi kipas pintar yang dapat mengedarkan udara bersih ke pelbagai arah dengan menggunakan fungsi tiga aliran udara.

Ini bermakna, pembersih udara ini dapat menyalurkan udara bersih di kawasan yang lebih luas.

Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan mod automatik dan mod tidur.

Untuk mod automatik anda tidak perlu melaraskan kuasa dan kelajuan kipas kerana ia akan berfungsi secara automatik, sekaligus dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Manakala, bagi mod tidur pula, ia akan mengalirkan udara yang lebih lembut dan tenang tanpa diganggu dengan cahaya lampu paparan.

Mempunyai reka bentuk yang ramping dengan berat hanya 11.2 kilogram (kg), peranti itu boleh ditempatkan di ruang-ruang yang kecil dan mudah untuk diubah ke mana-mana tempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI