fbpx

Tajuddin dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – UMNO melantik Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun katanya, skop tugasan dan tanggungjawab yang akan digalas Tajuddin akan dimaklumkan kelak.

“Sukacitanya, saya ingin memaklumkan Datuk Seri (Tajuddin) telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya (PRU 15) UMNO berkuatkuasa 4 November 2020.

“Saya percaya, Tajuddin dapat memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini, seterusnya membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU 15 akan datang,” katanya menerusi surat rasmi pelantikan yang dikeluarkan pejabat UMNO hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI