fbpx

Wajah tak sesuai jadi pelakon! Ini jawapan Fatima Sana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIMA SANA

NAMA aktres Fatima Sana Shaikh kini muncul sebagai salah seorang artis muda yang semakin bersinar dalam arena perfileman Bollywood.

Lakonannya dalam filem Dangal benar-benar meledakkan namanya.

Bagaimanapun, dalam satu perkongsian menerusi Instagram, pelakon berusia 28 tahun itu mendedahkan sebelum ini namanya sering ditolak pihak produksi dengan alasan wajahnya tidak sesuai sebagai pelakon.

Biarpun memiliki raut wajah yang agak jelita, pihak produksi berkali-kali memberi alasan bahawa paras rupanya tidak sesuai untuk berlakon dalam filem Bollywood.

“Mereka menginginkan wajah seperti Deepika Padukone atau Aishwarya Rai.

“Berkali-kali saya diberitahu bahawa saya tidak akan pernah menjadi aktres Bollywood,” katanya kepada Hindustan Times.

Namun, ternyata pada hari ini, pelakon tersebut telah menepis semua skepktikal industri terhadapnya. Semua kata-kata menjatuhkan tersebut ternyata meleset sama sekali.

“Sikap golongan sebegitu hanya akan menjatuhkan motivasi anda untuk berjaya.

“Stigma pelakon wanita perlu memiliki kecantikan seperti yang diharapkan sepatutnya tidak berlaku kerana bagi saya, semua wanita dilahirkan dengan kecantikan tersendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI