fbpx

Neelofa, PU Riz dibanjiri ucapan tahniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA, PU Riz bergambar kenangan bersama keluarga masing-masing di hadapan hadiah-hadiah dipercayai dulang hantaran merisik daripada pihak PU Riz.

PETALING JAYA – Biarpun tanpa hitam putih pengesahan daripada Neelofa mahupun PU Riz, sejak semalam media sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah selain perkongsian gambar-gambar sekitar majlis merisik mereka.

Tambah menyentuh hati semua pihak, tindakan  ibu Neelofa sendiri iaitu Noor Kartini Noor Mohamed momen-momen indah berserta kapsyen penuh makna cukup memberi simbolik bahawa puteri kesayangannya itu sudah disunting orang.

Malah kakak kepada pelakon dan pengacara berkenaan, Noor Nabila juga turut memuat naik gambar berserta kapsyen mendoakan terbaik untuk adiknya yang sudah melangkah ke alam baharu.

“Semoga hanya yang terbaik sahaja untukmu adikku,” tulis Nabila.

Berita gembira tersebut mendapat perhatian meluas daripada peminat sehingga nama Neelofa dan PU Riz sohor kini dalam laman Twitter sejak semalam.

Rata-rata peminat mula mengidamkan untuk memiliki lelaki yang soleh seperti PU Riz dan mengimamkan mereka solat setiap hari.

Pada masa sama, berita penyatuan pasangan berkenaan turut mendapat reaksi positif ramai rakan selebriti yang turut mendoakan kebahagiaan pengacara itu bersama pilihan hatinya.

Antara rakan selebriti yang turut menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan itu adalah Nabila Razali, Zizan Razak, Nora Danish dan ramai lagi.

“Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya,” ujar pelakon dan pelawak Zizan Razak yang menerima hampir 2,400 komen daripada peminat.

“Tahniah kakak. Sangat gembira untuk kalian berdua. Cinta sampai syurga,” tulis pelakon Mawar Rashid berserta emoji hati.

“Alhamdulillah. Tahniah Lofa. Tidak sabar untuk menunggu hari bahagia!” ujar pelakon Ramona Zamzam.

Ternyata, berita gembira itu cukup membuatkan peminat teruja sehingga ada antara mereka yang memuat naik kembali video lama ketika awal perkenalan Neelofa dan PU Riz dalam Instagram.

Neelofa juga turut memberi reaksi kepada video itu dengan meluahkan rasa terharunya dengan menulis kapsyen: “Video ini buat saya menangis. Masya-Allah.”

Bagaimanapun ada dalam kalangan netizen yang berjenaka dengan menyifatkan tahun ini adalah sebagai tahun paling sedih terutama bagi peminat lelaki kerana dua pelakon wanita kesukaan ramai iaitu Neelofa dan Mira Filzah sudah dimiliki.

Petang semalam, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah muda, PU Riz atau Haris Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarganya, di Taman Tun Dr. Ismail, di sini.

K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI