fbpx

Adam Shah sudah temui pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM SHAH

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, dengar ramai artis melalui hari-hari getir untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ada yang terpaksa bergadai demi mendapatkan wang tunai untuk membeli makanan dan menyara keluarga. Yang basuh pelitup muka pun ada.

Namun, berbeza pula dengan pelakon Adam Shah yang dikatakan sudah menemui pengganti bekas isterinya, Fatin Afeefa selepas bercerai tiga tahun lalu.

Diva tidak lemparkan cerita ini tanpa ada ‘hitam putih’, tetapi perkara itu dikongsi sendiri oleh tuan punya badan dalam Instagramnya baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Adam memuat naik beberapa video yang memaparkan wajah wanita tersebut. Tapi sayangnya, Diva tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana video tersebut telah diedit kabur oleh Adam. Mengikut penglihatan tajam, wanita misteri itu mempunyai rupa paras menawan.

 

INILAH calon isteri Adam Shah yang dikaburkan muka menerusi video Instagram pelakon tersebut.

 

Amboi, pandai ya. Hendak tunjuk tapi hanya bagi sikit-sikit sahaja. Sengaja bagi netizen tertanya-tanya siapa gerangan wanita bertuah itu.

Manis bersemut pasangan ini, bahkan Adam turut menyelitkan foto mereka berpegangan tangan.

Rata-rata pengikutnya di Instagram turut teruja dengan perkongsian berita gembira itu. Iyalah, sudah menduda selama beberapa tahun dan kini kesepian terisi dengan kehadiran seorang wanita.

Kalau benar Adam dan wanita misteri itu sah bercinta, cepat-cepatlah menghalalkan hubungan itu.

DIVA: Mulianya hati Wawa Zaizal dan Aeril Zafrel kerana ingin bina pusat tahfiz. Semoga mereka terus dimurahkan rezeki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI