fbpx

Syed Syafiq enggan cepat selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED SYAFIQ (tengah) berharap namanya terpilih dalam senarai akhir 25 pemain skuad hoki kebangsaan yang akan diumumkan hari ini. – MHC

MESKIPUN tidak pernah digugurkan sejak 2016, namun ia bukanlah tiket buat pemain pertahanan, Syed Syafiq Syed Cholan untuk berasa selesa berada dalam skuad utama pasukan hoki kebangsaan.

Konfederasi Hoki Malaysia akan mengumumkan senarai akhir 25 pemain hari ini untuk mewakili Malaysian Tigers kendalian Arul Selvaraj bagi menghadapi kejohanan-kejohanan penting tahun depan.

Bagaimanapun, Syed Syafiq menyuarakan keinginannya untuk terus diberikan peluang me­nyarung jersi pasukan kebangsaan sekali lagi pada tahun ini.

“Mungkin Arul ada pendekatan berbeza dengan pengendali terdahulu. Sudah tentu beliau mahu pemain-pemain yang bersesuaian dengan taktikalnya.

“Jadi, saya tidak boleh terlalu selesa kerana mungkin Arul ada kriteria tersendiri dari segi pemilihan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Syed Syafiq, 25, turut me­ngakui, semua pemain telah me­nunjukkan prestasi terbaik untuk terpilih dalam senarai akhir skuad kebangsaan.

“Setakat ini apa yang saya lihat semua pemain bersungguh-sungguh dalam sesi latihan kerana mahu merebut tempat dalam senarai akhir 25 pemain yang akan diumumkan nanti (hari ini).

“Arul juga mahu pemain-pemain yang boleh beraksi lebih daripada satu posisi. Jadi, saya akui persaingan sangat sengit untuk memastikan tempat dalam skuad kebangsaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI