fbpx

Premis pusat hiburan beroperasi tanpa kebenaran ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada barangan yang disita pihak DBKL semalam.

KUALA LUMPUR – Sebuah premis pusat hiburan diarah tutup oleh Dewan Bandaya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Hiburan, Rumah Urut dan Pelacuran di sekitar ibu kota semalam.

Seramai lapan orang pegawai dan 52 anggota Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL telah melakukan serbuan di tiga buah lokasi berbeza iaitu di Jalan Yew, Bukit Bintang; Prima Setapak, Wangsa Maju; dan Jalan Radin Tengah Seputeh di sini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, pusat hiburan terbabit dikenakan tindakan tutup kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa kebenaran.

“Sementara itu dua lagi premis rumah urut dan pelacuran turut dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Sebanyak dua notis kompaun telah dikeluarkan dalam operasi itu menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016 serta satu notis pemberitahuan kesalahan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, tiga buah premis dikenakan tindakan sita melibatkan 29 barangan seperti unit televisyen litar tertutup (CCTV), kondom, monitor, komputer dan pembesar suara serta lain-lain peralatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI