fbpx

MFL akan kemas kini Liga Premier 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI sangat yakin dan percaya bahawa Liga M musim 2021 bukan sahaja mendapat sokongan pelbagai pihak sebaliknya bakal menjadi pe­nanda aras baharu arena sukan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan mengemas kini kedudukan pasukan Liga Premier selepas Felda United dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan menjelaskan perkara berkenaan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan kedua-dua pasukan itu gagal dalam proses penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat.

Ia selepas FAM mendapati kewangan pelabur baharu Felda United dan UKM FC tidak kukuh untuk menampung kos pengendalian pasukan bagi menjamin kebajikan pemain serta pegawai agar masalah gaji tidak berlaku pada saingan musim depan.

“Ada 10 pasukan Liga Premier termasuk empat pasukan feeder iaitu Terengganu FC II, Johor Darul Ta’zim II, Kelantan, Kuching FA, Kelantan United, Sarawak United, Negeri Sembilan, Perak II, Selangor 2 dan PDRM yang tersingkir daripada Liga Super musim ini.

“MFL akan mengemas kini semula kedudukan Liga Premier musim depan dan memaklumkan perkembangan selajutnya selepas ini,” kata Ab. Ghani dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ab. Ghani mengesahkan bahawa Felda United dan UKM tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam mana-mana liga anjuran MFL musim depan termasuk Liga Super dan Liga Premier.

“MFL telah dimaklumkan berkenaan perkara ini dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-23 baru-baru ini di mana ia bincang secara teliti berkenaan status Felda United dan UKM FC.

“Justeru, Ahli Lembaga Pengarah MFL menolak keputusan Felda United dan UKM FC selepas meneliti semua dokumen daripada pihak yang berminat membeli kedua-dua pasukan itu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI