fbpx

Alvin direman 21 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alvin Goh

PETALING JAYA – Alvin Goh atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong yang merupakan suspek utama kes pengubahan wang haram direman 21 hari mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid mengesahkan perkara tersebut.

“Perintah reman itu bermula hari ini sehingga 20 November depan untuk membantu siasatan berhubung sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian,” katanya kepada Kosmo! sini hari ini.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan polis mengesahkan Alvin dibawa ke lokap Jinjang untuk proses permohonan reman.

Lelaki itu sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa selepas melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI