fbpx

163 pesakit terima rawatan di Hospital Medan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA- Hospital Medan di Tawau, Sabah dilaporkan telah menerima sebanyak 163 pesakit bukan rawatan Covid-19 sejak mula beroperasi pada 20 Oktober lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 143 adalah pesakit wanita dan selebihnya adalah lelaki.

“Antara rawatan yang diberikan kepada pesakit termasuklah obstetrik dan ginekologi selain onkologi dan pediatrik,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI