fbpx

Warong Rider tawar perkhidmatan penghantaran di pekan kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL (tengah) memberi kata semangat kepada penghantar Warong Rider pada majlis pelancaran perkhidmatan tersebut di Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Warong Rider bakal menawarkan sehingga 1,200 pe­luang pekerjaan kepada mereka yang hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Perkhidmatan baharu itu diwujudkan melalui kerjasama antara Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Idea Creative Technology Sdn. Bhd. dan Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak).

Warong Rider akan menawarkan pelbagai khidmat penghantaran seperti makanan, dokumen, bungkusan dan khidmat belian barangan bertujuan me­rancakkan perniagaan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Perak yang sedang kembali pulih.

Caj penghantarannya adalah berpatutan iaitu hanya RM2 bagi dua kilometer (km) pertama dan 60 sen bagi km seterusnya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata, perkhidmatan Warong Rider telah memilih Perak sebagai negeri pertama untuk membantu masyarakat yang terjejas dalam persekitaran ekonomi sukar kini.

“Berbeza dengan perkhidmatan penghantaran sedia ada yang menyasarkan kawasan bandar, Warong Rider memberi tumpuan di kawasan pekan kecil yang turut mempunyai permintaan serupa terutama dalam kalangan peniaga dan penjaja.

“Sebagai permulaan seramai 480 penghantar akan dilantik terlebih dahulu di semua 24 kawasan Parlimen di negeri itu sebelum jumlahnya ditambah beransur-ansur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran awal Warong Rider yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di sini baru-baru ini.

Selain itu, Khairul Shahril menerangkan, setiap penghantar Warong Rider akan me­nerima elaun tetap sebanyak RM1,200 sebulan.

Mereka juga boleh menikmati kelebihan lain seperti Kit Pemula bernilai RM250 melalui Geran Connectime daripada SME Corp serta menerima komisen penghantaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI