fbpx

Polis sahkan mayat ditemui rentung kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penumpang SUV ditemui rentung dalam kejadian di Kota Warisan, Sepang pada 20 Oktober lalu.

SEPANG – Polis mengesahkan kes mayat yang ditemui rentung di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas terbakar di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan, di sini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil bedah siasat ke atas mangsa selain siasatan lanjut yang dibuat ke atas kenderaan Toyata Harrier yang terbakar.

“”Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti, namun polis berjaya mengesan nombor casis kereta kepunyaan seorang lelaki India beralamat di Subang Jaya.

“Berikutan itu, kes akan di siasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Kamarul Azran berkata, keadaan mangsa yang rentung 90 peratus memerlukan bedah siasat secara menyeluruh di Hospital Serdang bagi mengenal pasti punca kematian.

“Pihak hospital memaklumkan bedah siasat dibuat pukul 9 pagi tadi,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan satu mayat ditemui rentung di bahagian penumpang hadapan SUV selepas kenderaan itu terbakar di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan, awal pagi kelmarin.

Mayat berkenaan ditemui sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), selepas kerja-kerja memadamkan kebakaran kereta Toyota Harrier itu pada pukul 4.47 pagi.

Dalam kejadian itu, mayat rentung sepenuhnya dan terdapat kesan kebakaran lingkungan 10 meter daripada kenderaan terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI