fbpx

Ozil sertai kempen makanan Rashford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZIL menyokong kempen Marcus Rashford dengan membekalkan 1,400 pek makanan kepada sekolah sekitar Barnet.

LONDON – Bintang Arsenal, Mesut Ozil menunjukkan sokongannya terhadap kempen Marcus Rashford dengan membekalkan 1,400 pek makanan tengah hari kepada pelajar sekolah di kawasan Barnet.

Terdahulu, Rashford yang merupakan pemain Manchester United menganjurkan kempen pihak kerajaan bagi menyediakan baucar makanan semasa cuti persekolahan kepada pelajar yang lazimnya menerima makanan percuma.

Justeru, Ozil menyertai kempen itu bersama Barnet Sunday Football League (BSFL), Cef Stefan Peppert dan Katering Cef Jerman di Knightsbridge untuk membekalkan makanan kepada 12 sekolah di sekitar Barnet.

“Kami sangat bersyukur ke­rana Mesut Ozil dan Stefan Peppert sanggup melibatkan diri dengan inisiatif ini dan menyatakan sukarela dengan projek tersebut.

“Kami telah meningkatkan jumlah sumbangan £3,000 (RM6,144) setakat ini dengan 1,400 pek makanan setiap hari dan dihantar ke sekolah-sekolah,” kata wakil BSFL.

Terdahulu, perancang te­ngah The Gunners itu tiada dalam perancangan pengurus, Mikel Arteta dan tidak disenaraikan sebagai pemain untuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa.

Ejen Ozil, Dr. Erkut Sogut memaklumkan bahawa Arteta tidak bercakap benar berhubung pemain itu dipinggirkan atas alasan bola sepak kerana para penyokong layak untuk mendapatkan penjelasan jujur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI