fbpx

Insiden Perancis: Tun M dihentam netizen luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN luar negara menghentam Tun M kerana untaian ciapannya mengenai insiden di Perancis baru-baru ini.

PETALING JAYA- Gara-gara untaian (thread) ciapan di Twitter, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad teruk dihentam pengguna Twitter luar negara.

Beliau mengulas mengenai insiden karikatur yang menghina junjungan besar, Nabi Muhammad yang mengakibatkan pembunuhan seorang guru di Perancis baru-baru ini.

Tun Mahathir menyuarakan kelantangan beliau mengenai pentingnya menghormati orang lain meskipun mempunyai kebebasan bersuara.

Namun, salah satu daripada untaian itu, iaitu ciapan nombor 12, telah disalahertikan oleh warga Twitter dari luar negara.

“Muslim mempunyai hak untuk marah dan membunuh jutaan orang Perancis atas pembunuhan beramai-ramai pada masa lampau,” menurut ciapan itu.

Ciapan itu telah diulang ciap lebih 26,000 kali dan mendapat perhatian warga dunia yang rata-rata dilihat tidak membaca keseluruhan untaian itu.

“Boikot tidak boleh memberi pampasan terhadap kesalahan yang dilakukan orang Perancis selama ini,” ujar beliau.
Nama beliau turut menjadi trending di Twitter akibat untaian tersebut. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI